Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Bakal Kurangkan 6,000 Pekerja, Pemberhentian Terbesar Sejak 2023

Microsoft Bakal Kurangkan 6,000 Pekerja, Pemberhentian Terbesar Sejak 2023

Diterbitkan Mei 14, 2025 ยท Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh Amalina Athman

Microsoft pada Selasa mengumumkan lebih 6,000 pekerja akan diberhentikan, mewakili kira-kira 3% daripada jumlah keseluruhan tenaga kerjanya.

Langkah ini dibuat hanya beberapa minggu selepas Ketua Pegawai Kewangan Microsoft, Amy Hood, memberi bayangan tentang usaha mengurangkan lapisan pengurusan dalam syarikat itu.

“Kami terus melakukan perubahan organisasi yang perlu bagi memastikan syarikat berada dalam kedudukan terbaik untuk terus berjaya dalam pasaran yang sentiasa berubah,” kata jurucakap Microsoft.

Difahamkan, pemberhentian kali ini akan melibatkan semua peringkat dan lokasi, serta dijangka menjadi yang terbesar sejak Microsoft memberhentikan 10,000 pekerja pada 2023.

Sebelum ini, Microsoft telah memberhentikan 650 pekerja Xbox pada September sebagai sebahagian daripada penyusunan semula berkaitan pengambilalihan Activision Blizzard.

Pada Januari lalu, syarikat itu turut membuang sejumlah kecil pekerja akibat isu prestasi, namun pemberhentian terbaru ini difahamkan tidak berkaitan dengan perkara tersebut.

Untuk pengetahuan, Microsoft mempunyai 228,000 pekerja di seluruh dunia pada Jun tahun lalu.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Intel Dilapor Akan Kurangkan Lebih 20% Tenaga Kerja
  • Pengurus Microsoft Akui macOS Lebih Baik Daripada Windows 11
  • AI Kini Tulis Kod Untuk Microsoft, Meta Dan Google

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY