Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft_Les Echos

Microsoft Sahkan 10,000 Pekerja Bakal Diberhentikan

Diterbitkan Januari 18, 2023 · Dikemas kini Januari 18, 2023 oleh Amalina Athman

Bagi menyelaraskan struktur kos dan pendapatan, Microsoft hari ini mengumumkan pemberhentian pekerja besar-besaran, yang akan menjejaskan 10,000 pekerja.

Berkaitan

  • Microsoft Dilapor Mahu Labur Lebih RM43.7 Bilion Untuk Pembangun ChatGPT
  • Microsoft Bangunkan Teknologi AI Yang Berpotensi Membahayakan Pengguna, Program Klon Suara
  • Microsoft Perbaharui Polisi, Pekerja Boleh Cuti Tanpa Had

Menurut CEO Microsoft Satya Nadella, syarikat itu akan membuat perubahan yang akan mengakibatkan pengurangan keseluruhan tenaga kerja sebanyak 10,000 pekerjaan sehingga penghujung FY23 Q3.

Pada masa ini, Microsoft mempunyai lebih 220,000 pekerja dan pengumuman pemberhentian pekerja untuk kali ini hanya mewakili kurang daripada 5% daripada jumlah keseluruhan.

Beberapa pekerja akan dimaklumkan bermula hari ini, dengan keseluruhan 10,000 pemberhentian akan diselesaikan pada akhir Mac.

Pekerja di Amerika Syarikat (AS) yang terjejas akan menerima “gaji pemberhentian melebihi pasaran”, perlindungan penjagaan kesihatan selama enam bulan, perkhidmatan peralihan kerjaya, notis 60 hari sebelum penamatan dan sebagainya.

Dalam pada itu, Nadella menjelaskan walaupun beberapa bidang tugas lain dikurangkan, Microsoft akan terus mengambil pekerja dalam bidang strategik utama.

Terdahulu, Microsoft mengumumkan pekerjanya boleh bercuti tanpa had atau dipanggil sebagai “Discretionary Time Off” dan terpakai kepada semua pekerja AS yang bergaji.

Sumber: Microsoft

Gambar utama: Les Echos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY