Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Buang Lebih Ramai Pekerja Xbox

Microsoft Buang Lebih Ramai Pekerja Xbox

Diterbitkan September 13, 2024 · Dikemas kini September 13, 2024 oleh Amalina Athman

Microsoft kini memberhentikan kira-kira 650 pekerja di divisyen permainannya. Pemberhentian terbaharu ini berlaku beberapa bulan selepas Microsoft memberhentikan 1,900 pekerja Activision Blizzard dan Xbox, dan selepas penutupan beberapa studio permainan.

Ketua Xbox Phil Spencer mengumumkan pemberhentian kepada pekerja dalam memo dalaman pada Khamis, seperti dilaporkan The Verge.

Pemberhentian itu dikaitkan dengan perjanjian Activision Blizzard, dan Spencer menjelaskan dalam e-melnya bahawa “tiada permainan, peranti atau pengalaman dibatalkan” dan tiada studio ditutup sebagai sebahagian daripada penstrukturan terbaharu itu.

Sebagai sebahagian daripada menyelaraskan struktur pasukan selepas pengambilalihan kami dan mengurus perniagaan kami, kami telah membuat keputusan untuk menghapuskan kira-kira 650 peranan merentas Microsoft Gaming — kebanyakannya fungsi korporat dan sokongan — untuk mengatur perniagaan kami bagi kejayaan jangka panjang.

Pada Oktober tahun lalu, Microsoft melengkapkan pengambilalihan Activision Blizzard bernilai $68.7 bilion (~RM297.7 bilion), setelah 21 bulan berdepan halangan daripada pihak berkuasa AS dan UK.

Untuk menyelesaikan rundingan dengan Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran UK, Microsoft bersetuju untuk menjual hak permainan awannya kepada Ubisoft supaya permainan akan muncul pada pelbagai perkhidmatan penstriman permainan.

Sejak itu, Microsoft telah menutup beberapa studio permainan, termasuk pembangun Redfall Arkane Austin, Tango Gameworks, Alpha Dog Games dan Roundhouse Games.

Berkaitan

  • Akhirnya Pembelian Microsoft Ke Atas Activision Blizzard Direstui
  • Microsoft Tutup Kedai Fizikal Di China, Fokus Dalam Talian Sahaja
  • Microsoft Naikkan Harga Langganan PC Game Pass
  • Varian Baharu Xbox Series S/X Akan Tersedia Oktober Ini
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699

Sumber: The Verge

Gambar utama: Pure Xbox

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY