Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark GS3

Black Shark GS3, GT3 Neo Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM149

Diterbitkan Mei 28, 2024 oleh Muhd Idham

Hari ini, Black Shark Malaysia telah melancarkan dua model jam pintar mereka yang dikatakan satu daripadanya tahan lasak dan satu lagi adalah untuk kegunaan harian.

Pertama, Black Shark GS3 merupakan sejenis jam pintar tahan lasak dengan kelengkapan skrin jenis AMOLED bersaiz garis pusat 1.43 inci pada kadar segar semula 60Hz.

Black Shark GS3, GT3 Neo Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM149

Model ini juga dilengkapi dengan perlindungan daripada 8+ Corning Gorilla Glass serta bateri yang mampu bertahan selama 21 hari penggunaan selepas sekali pengecasan.

Ciri lain yang hadir seperti GPS, 100+ pilihan mod sukan, penarafan IP69, 5ATM, alat hubungan ENC dan dua pilihan tali, silikon dan woven.

Model yang kedua pula adalah Black Shark GT3 Neo yang menggunakan jenis skrin bersaiz 2.01 inci pada kadar resolusi 240 x 296 dan kecerahan puncak 600 nits.

GT3 Neo

Ia juga menyokong kaedah perhubungan ENC Bluetooth dengan ketahanan penggunaan selama 7 hari untuk sekali cas. Tidak lupa juga model ini mempunyai penarafan IP68.

press-release_GT3-Neo (1)
press-release_GS3 (1)

Dengan ketersediaannya yang telah ditetapkan pada 31 Mei 2024, harga untuk kedua-dua jam pintar tersebut adalah:

  • Black Shark GS3 = RM439
  • Black Shark GT3 Neo = RM149

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • HONOR Mengacah Kehadiran Siri HONOR 200 Untuk Pasaran Malaysia
  • Siri HONOR 200 Rasmi Di China, Pengecasan 100W Dan Snapdragon 8s Gen 3
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Pengalihan Keluar Aplikasi CIMB Clicks

Sumber: Siaran Media Black Shark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY