Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Windows 7 Kini Sudah Mula Beralih Kepada Windows 10

Microsoft Akan Menawarkan Versi Windows 10 1909 Tidak lama Lagi

Diterbitkan September 30, 2019 oleh ariff bukhari

Mengandungi pelbagai ciri baru, penambah baikan antaramuka serta ciri keselamatan Windows 10.

Microsoft dijangka akan melepaskan kemas kini Windows 10 versi 1909 kepada para pengguna mereka dalam beberapa minggu ini. Ketika ini versi terkini Windows 10 adalah versi 1903.

Ketika ini, versi Windows 10 1909 yang menggunakan kod nama 19H2 sudah pun mula ditawarkan kepada pengguna yneg mendaftar dengan Windows Insiders Preview.

Berdasarkan kepada preview awal Windows 10 19H2 itu, Microsoft telah menambah baik beberapa isu yang dihadapi penggunanya sebelum ini serta bakal memperkenalkan beberapa ciri terbaru.

Antara ciri baru yang menarik perhatian adalah pengguna akan boleh mencipta jadual harian mereka menerusi akses kalendar terus dari taskBar di bahagian Time & Date.

Microsoft Akan Menawarkan Versi Windows 10 1909 Tidak lama Lagi

Antaramuka tetapan di bahagian Notifications & actions juga ditambah baik di mana ia akan memaparkan imej preview bagaimana notifikasi akan dipaparkan kepada pengguna.

Microsoft Akan Menawarkan Versi Windows 10 1909 Tidak lama Lagi

Selain itu, dari aspek prestasi pula Microsoft menjanjikan peningkatan prestasi bagi komputer yang dilengkapi dengan cip pemprosesan yang menyokong ciri “favored cores” atau juga lebih dikenali Intel sebagai Turbo Boost Max Technology.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY