Windows 10 Akan Dilengkapi Ciri Peningkatan Prestasi Berdasarkan Keupayaan Cip Pemprosesan

Ciri yang akan menguruskan kuasa pemprosesan yang diperlukan bagi sesuatu proses dengan lebih baik terhadap teras cip.


Dalam versi sistem operasi Windows 10 19H2, Microsoft telah memaklumkan bahawa mereka akan memuatkan ciri yang membolehkan sistem Windows 10 mengoptimasikan secara automatik sesuatu proses oleh cip pemprosesan bagi meningkatkan prestasi, kestabilan sistem dan aplikasi.

"A CPU may have multiple “favored” cores (logical processors of the highest available scheduling class). To provide better performance and reliability, we have implemented a rotation policy that distributes work more fairly among these favored cores." Microsoft.

Seperti sedia maklum. setiap pemprosesan yang dibangunkan tidak semuanya memiliki teras yang sama. Sebagai contoh dual core, 4 core, 6 core dan 8 core. Malah sebahagian teras pula ada yang menggunakan kuasa voltan elektrik yang berbeza, ada yang berkuasa tinggi, sederhana dan rendah.

Setiap jumlah kuasa yang ditetapkan akan membolehkan cip pemprosesan meningkatkan prestasi pada satu tahap tertentu. Inilah yang dipanggil sebagai "favored cores" atau Intel kenalinya sebagai Turbo Boost Max Technology.

Ciri Turbo Boost Max Technology membolehkan sistem operasi komputer menggunakan informasi yang disimpan di dalam cip pemprosesan utama (CPU) bagi mengenal pasti teras yang manakah adalah lebih pantas dan sekaligus memuatkan lebih banyak proses ke dalam teras CPU tersebut untuk dilaksanakan.

Microsoft telah memaklumkan bahawa ciri Turbo Boost Max Technology 3.0 dan 2.0 sudah pun disokong oleh versi Windows 10 terkini. Cuma pada versi Windows 10 akan datang, mereka akan memuatkan ciri optimasi yang dapat menambah baik guna urus bagi teras-teras yang ada di dalam CPU komputer.

Walaubagaimanapun, tidak semua cip Intel memiliki Turbo Boost Max Technology. Berikut adalah senarai cip Intel yang menyokong Intel Turbo Boost Technology:-

  • Intel Turbo Boost Technology 2.0



  1. Intel® Core™ i7 Mobile and Desktop Processors

  2. Intel® Core™ i5 Mobile and Desktop Processors

  3. Intel® Core™ X-series Processors



  • Intel Turbo Boost Max Technology 3.0



  1. Intel® Core™ i7-69xx/68xx Processor Family

  2. Intel® Core™ i9-7900X/i9-7920X/i9-7940X/i9-7960X/i9-7980XE/i7-7820X/i7-9800X

  3. Intel® Core™ i9-9820X/i9-99x0XE/i9-99x0X

  4. Intel® Xeon® Processor E5-1600 v4 Product Family (single-socket only)

  5. Intel 10th Generation CPUs


Sumber: Bleeping Computer