Dijangka akan ditawarkan pada kemas kini akan datang.
Sempena meraikan pencapaian 1 bilion pengguna Windows 10 baru-baru ini, Microsoft telah memperlihatkan lebih awal reka bentuk baru antaramuka sistem operasi komputer tersebut kepada pengguna.
Ia dikongsikan menerusi video teaser di akaun Instagram Panos Panay, Ketua Peranti dan Windows, Microsoft.
https://www.instagram.com/p/B97VqkXg0iN/?utm_source=ig_embed
Daripada video teaser itu dapat dilihat antara perubahan utama yang dilakukan Microsodt ke atas Windows 10 nanti adalah seperti rekaan ikon baru bagi aplikasi-aplikasi utama Windows, antaramuka Windows 10 yang lebih mesra pengguna serta pelbagai tetapan baru bagi pengguna mengkustomasikan paparan Windows 10.
Walaubagaimanapaun, Microsoft sehingga kini belum menyatakan bilakah antaramuka Windows 10 terbaru ini akan ditawarkan kepada para penggunanya.
Tetapi dijangkakan ia akan ditawarkan dalam kemas kini Windows 10 akan datang.
Sumber: Forbes
Berkaitan
- Kemas Kini Windows 11 Terbaru Terima Teknologi AI, Copilot
- Penggodam 'Baik' Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang
- Samsung Dengan Kerjasama Xiaomi Perkenalkan Sensor Kamera 108 Megapiksel
- Microsoft Tawarkan Platform Ekosistem Kerja Hibrid Untuk Pelbagai Organisasi
- Presiden Russia Didapati Masih Menggunakan Sistem Operasi Windows XP
- Harga Sama Dengan Windows 10, Lesen Windows 11 Kini Boleh Dibeli Terus Dari Laman Rasmi Microsoft
- Senarai 10 Telefon Pintar Android Paling Berprestasi Setakat November 2022 - AnTuTu
- Intel Mengacah Rupa Kad Grafik Arc 'Alchemist' Dengan Menerbangkan 1000 Unit Dron
- Tips Pintasan Kekunci Bagi Membuka Dan Menutup 'File Explorer' Windows 10
- Microsoft Perkenalkan Surface Pro 7