Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows xp

Presiden Russia Didapati Masih Menggunakan Sistem Operasi Windows XP

Diterbitkan Disember 18, 2019 · Dikemas kini Disember 18, 2019 oleh ariff bukhari

Microsoft telah menamatkan sokongan ke atas Windows XP pada 2014 dahulu.

Laman berita Russia Open Media telah berkongsikan foto rasmi dari laman rasmi kerajaan Russia yang memaparkan Presiden negara tersebut, Vladimir Putin di meja pejabatnya.

Apa yang lebih menarik perhatian pada foto itu adalah terhadap komputer yang digunakan oleh presiden tersebut. Ini kerana komputer yang digunakan oleh Presiden Putin itu dipercayai masih menggunakan sistem operasi Windows XP.

Windows XP adalah sistem operasi komputer yang mula diperkenalkan Microsoft pada Ogos 2001 dan telah menerima sokongan Microsoft selama 12 tahun.

Perisian usang tersebut telah pun ditamatkan sepenuhnya sokongan oleh pihak Microsoft sejak 2014 lalu.

Presiden Russia Didapati Masih Menggunakan Sistem Operasi Windows XP

Sebelum ini pihak kerajaan Russia dilaporkan telah merancang untuk menukarkan kesemua sistem operasi komputer mereka kepada sistem operasi komputer yang dibangunkan mereka sendiri iaitu Russian Astra Linux OS.

Walau bagaimanapun pelan peralihan itu terpaksa ditunda berikutan sistem tersebut masih belum bersedia untuk digunakan. Sekaligus menyebabkan kerajaan Russia terpaksa terus menggunakan sistem Windows XP.

Microsoft telah menegaskan bahawa Windows XP amat mudah terdedah kepada isu penggodaman. Malah kebanyakan aplikasi moden juga sudah tidak lagi boleh dijalankan bersama Windows XP.

Oleh itu Microsoft amat mengesyorkan pengguna mereka supaya segera menaik taraf sistem komputer usang itu kepada versi terkini iaitu Windowss 10 yang lebih baik ciri keselamatannya.

Sumber: PC Gamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY