Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Dengan Kerjasama Xiaomi Perkenalkan Sensor Kamera 108 Megapiksel

Samsung Dengan Kerjasama Xiaomi Perkenalkan Sensor Kamera 108 Megapiksel

Diterbitkan Ogos 14, 2019 · Dikemas kini Ogos 14, 2019 oleh ariff bukhari

Samsung telah perkenalkan sensor kamera yang mencapai sehingga 108megapiksel. Sensor yang dikenali sebagai Samsung ISOCELL Bright HMX itu didakwa bakal merevolusi kamera yang ada pada telefon pintar masa kini.

Kejayaan penghasilan sensor tersebut dicapai menerusi kerjasama antara pihak Samsung dan Xiaomi. Sensor yang hanya sebesar 1/1.33-inci, mampu merakam gambar pada tahap kualiti terbaik dalam pelbagai keadaan cahaya. Dilengkapi dengan teknologi yang dipanggil sebagai Tetracell  membolehkan penghasilan gambar 27-megapixel dengan baik walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.

Manakala dalam keadaan persekitaran yang cerah, penggunaan mekanisma Smart-ISO mampu dioptimasi berdasarkan keadaan persekitaran, sekaligus mengurangkan kesan ‘noise‘ yang kebiasaannya berlaku apabila dirakam dalam suasana gelap.

Malah sensor ini juga mampu merakam video pada resolusi sehingga 6K (6016 x 3384, 30fps).

“For ISOCELL Bright HMX, Xiaomi and Samsung have worked closely together from the early conceptual stage to production that has resulted in a groundbreaking 108Mp image sensor. We are very pleased that picture resolutions previously available only in a few top-tier DSLR cameras can now be designed into smartphones,” Lin Bin, Presiden Xiaomi.

Pengeluaran besar-besaran sensor Samsung ISOCELL Bright HMX ini dijangka akan bermula pada bulan hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY