Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Tawarkan Platform Ekosistem Kerja Hibrid Untuk Pelbagai Organisasi

Microsoft Tawarkan Platform Ekosistem Kerja Hibrid Untuk Pelbagai Organisasi

Diterbitkan April 7, 2022 oleh ariff bukhari

Microsoft telah mengumumkan platform untuk pelbagai organisasi menjalankan operasi kerja secara hibrid.

Menerusi pembangunan baru pada sistem operasi komputer Windows 11 dengan integrasi perisian Windows 365, ia amat sesuai untuk organisasi dalam bidang pengurusan, keselamatan, produktiviti dan kolaborasi.

Penawaran platfom hibrid ini sebagai memenuhi keperluan semasa di mana kini lebih ramai organisasi yang melaksanakan operasi mereka secara fleksibel iaitu tidak hanya berada di pejabat sahaja.

Keadaan ini sekaligus mendedahkan organisasi lebih terdedah kepada isu keselamatan.

Jadi dengan adanya platform ini, organisasi bukan sahaja berupaya menjalankan operasi secara lebih terbuka tetapio juga lebih selamat dengan adanya perlindungan tambahan iaitu Microsoft Defender SmartScreen.

hibrid work
Kaji selidik Microsoft mendapati lebih ramai pekerja sedia beralih bekerja secara hibrid dan secara kawalan jauh. Kredit: Microsoft

Malah beberapa ciri baru yang diperkenalkan seperti Focus Sessions dan system wide Live Captions akan memberikan lebih kemudahan serta lebih mesra pengguna kepada orang kuat upaya (OKU).

Penyimpanan data juga menjadi lebih mudah dengan adanya penawaran storan awan yang boleh diakses walau di mana sahaja serta lebih selamat.

Dapat disimpulkan bahawa Microsoft melihat kerja hibrid merupakan cara organisasi beroperasi pada masa hadapan.

Sumber: Windows, microsoft

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • Selepas 20 Tahun Setia Dengan Playstation, Saya Cuba Main Xbox Series X & Ini Apa Yang Saya Rasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY