Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Windows 11 Terbaru Terima Teknologi AI, Copilot

Kemas Kini Windows 11 Terbaru Terima Teknologi AI, Copilot

Diterbitkan September 27, 2023 · Dikemas kini September 27, 2023 oleh ariff bukhari

Pengguna Windows 11 mula menerima kemas kini terbaru iaitu Windows 11 2023 Update (version 23H2) yang mana kemas kini September ini mengandungi pelbagai inovasi terbaru seperti Copilot in Windows.

Untuk lancarkan Copilot, tekan kekunci WIN + C atau lihat pada ikon Copilot di taskbar.

Selain itu, kemas kini terbaru Windows ini juga meliputi kepada aplikasi lain seperti Paint, Snipping Tool & Notepad, fungsi baharu kepada aplikasi Photos, Windows Backup dan banyak lagi.

Kemas Kini Windows 11 Terbaru Terima Teknologi AI, Copilot
Aplikasi seperti Paint juga kini dengan keupayaan AI yang dioptimasikan untuk grafik digital.
Kemas Kini Windows 11 Terbaru Terima Teknologi AI, Copilot
Paint Cocreator preview akan tersedia untuk Windows Insiders mulai esok dengan ketersediaan umum untuk semua pelanggan dalam beberapa minggu akan datang.

Ciri-ciri baharu Windows 11 menerusi kemas kini baharu ini akan diterima pengguna di seluruh dunia secara berperingkat.

Peranti yang menyokong dan menjalankan Windows 11, versi 22H2, boleh menyemak kemas kini Windows terbaru ini menerusi Settings (Settings > Windows Update) dan buka ”Get the latest updates as soon as they’re available.”

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 13T Rasmi - Ada Kamera Leica, IP68, Harga Bermula RM2399
  • Kemas Kini ColorOS 14 Bakal Bagi Pengalaman Macam Guna iPhone 15
  • macOS Sonoma Mula Ditawarkan Kepada Pengguna Macintosh Hari Ini

Sumber: Windows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY