Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxresdefault (10)

Microsoft Akan Bangunkan “Netflix for games”

Diterbitkan Januari 17, 2019 · Dikemas kini Januari 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

Ini mungkin berita gembira buat penggemar permainan video diluar sana kerana Microsoft mempunyai rancangan untuk membangunkan perkhidmatan penstriman permainan.

Melalui Project xCloud, ia bakal membawakan penstriman yang boleh dimain pada mana-mana platform seperti konsol, komputer dan peranti mudah alih.

Mengungkap laporan daripada Business Insider, CEO Microsoft, Satya Nadella, menggambarkan perkhidmatan itu sebagai “Netflix for games”.

Pemain boleh menstrim secara terus  permainan secara terus sepertimana cara yang kita lakukan untuk menonton filem di Netflix.

Bagi mengukuhkan lagi pembangunan Project xCloud, Microsoft telah mengambil alih studio pembangunan permainan seperti Ninja Theory, Compulsion Games, Playground Games, Obsidian Entertainment, InXile dan Undead Labs. Syarikat perkomputeran terkenal ini juga telah mewujudkan studio baru, The Initiative.

Penstriman permainan video bukanlah sesuatu yang baru dimana Google sedang menyiapkan Project Stream. Ujian Project xCloud dirancang bakal dijalankan tahun ini.

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY