Google Umum Project Stream, Permainan Video Boleh Dimainkan Pada Chrome

Menerusi pemberitahuan dari blog rasmi, Google telah mengumumkan Project Steam, perkhidmatan yang membolehkan pengguna melakukan penstriman permainan video dari pelayar web, Google Chrome.

"Kami telah mengusahakan Project Stream, ujian teknikal untuk menyelesaikan beberapa cabaran terbesar dalam penstriman" ujar Google pada pengumuman tersebut.

Permainan pertama yang akan dimainkan pada perkhidmatan ini adalah Assasin's Creed Odyssey yang mana akan dilancarkan pada Jumaat ini.

Ujian bagi Project Stream hanya terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat yang berusia 17 tahun keatas. Selain itu, sambungan internet perlulah berkelajuan 25 Mbps.

https://www.youtube.com/watch?v=sE53eSbzxoU

Melalui perkhidmatan penstriman ini, pemain mampu memainkan permainan video dengan resolusi 1080p pada kadar 60fps.

Project Stream merupakan servis penstriman hasil kerjasama antara Google dan Ubisoft.

Sumber: Google