Kini, menambah lagi khabar angin sedia ada, satu perkongsian dari Weibo pula menyatakan berkenaan paparan dan pengecasan yang mungkin dibawa pada model flagship tersebut. Hantaran pada platform Weibo itu menyebut, Mi Mix 4 bakal disertakan dengan kadar segar semula paparan 90Hz diiringi bersama daya pengecasan 40W.
Selain itu, ia turut dinyatakan akan menggunakan mekanisme terangkat bagi kamera rakaman hadapan dan ini memberi gambaran skrin paparan luas tanpa sebarang gangguan.
Walaubagaimanapun, apa yang diperkatakan ini adalah ramalan dan masih belum dapat dipastikan kebenarannya. Namun berdasarkan perkembangan telefon pintar masa kini, tidak mustahil ia akan didatangkan pada Mi Mix 4 yang mana pelancarannya dijangka berlangsung pada 24 September hadapan.
Selain Mi Mix 4, beberapa lagi model turut dikhabarkan akan menyertakan kadar segar semula 90Hz seperti Pixel 4 dan peranti dari Realme.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- Google Chrome 74 Beta Tampilkan Mod Gelap Untuk Komputer Windows
- Mi 9T Dengan Memori 128GB Mula Dijual Esok Pada Harga RM1399
- Siri Reno 4 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1699
- Redmi Note 7 Dan Redmi 7 Dijual Pada Harga Bermula RM 679 Dan RM499
- Pelancaran Rasmi OPPO R9s Plus, Di Jual Pada Harga RM 2498
- Sony Xperia XA2 Dan Xperia XA2 Ultra Sudah Rasmi, Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar
- Minuman Tenaga Untuk Telefon Pintar Anda
- Pengodam Curi Data Melalui Kerentanan Pada Microsoft Office Versi Lama
- Mi Store Di IOI City Mall Kini Sudah Rasmi
- Telefon realme Akan Mula Naik Taraf Kepada Android 12 Pada Minggu Hadapan