Xiaomi Mi Mix 4 Diramal Pelancarannya Pada 24 September Ini

Nama Mi Mix 4 beberapa kali menjadi bualan dan kali ini, ia diramal hadir pada 24 September depan. Dikatakan, peranti ini dirancang pelancarannya sekitar pertengahan September tetapi disebabkan beberapa pesaing lain turut membuat acara pengenalan peranti masing-masing, Xiaomi mengambil keputusan untuk menganjakkan sedikit tarikh tersebut.

Seperti laporan  sebelum ini, Xiaomi dikhabarkan bakal melengkapkan 4 model telefon pintar mereka dengan sensor kamera 108MP dan berkemungkinan Mi Mix 4 termasuk dalam salah satu peranti tersebut. Selain itu, sistem kamera Mi Mix 4 ini juga dijangka hadir dengan lensa 16MP ultra lebar, 12MP lensa periskop beseerta keupayaan 5x zoom optikal.

Antara spesifikasi yang disebut-sebut bagi peranti ini adalah RAM 12GB, ciri pengecasan berbalik tanpa wayar serta keupayaan sambungan rangkaian 5G. Ura-ura juga menyatakan penawaran Mi Mix 4 akan dibuat dalam dua variasi dengan perbezaan pada cip pemprosesan; Snapdragon 855 dan Snapdragon 855 Plus. Menjalankan sistem dari dalam adalah sistem MIUI 11 berasaskan Android 10. Namun begitu, informasi ini masih belum dapat disahkan lagi berikutan informasi ini  berdasarkan khabar angin yang berlegar ketika ini.

Sumber: GSMArena