Mi Band 4 Rasmi Diperkenalkan Di Malaysia Pada Harga RM 149

Generasi baru bagi penjejak kesihatan Xiaomi, Mi Band 4 sedia dilancarkan sebulan lebih yang lalu untuk pasaran China. Mendapat sambutan hangat seperti yang dilaporkan sebelum ini, ia kini dibawa masuk kedalam pasaran tempatan secara rasmi bersama-sama dengan Xiaomi Mi A3.



Merupakan model pertama dalam siri Mi Band yang mempunyai paparan berwarna, Mi Band 4 dilengkapkan dengan skrin AMOLED 0.95 inci pada resolusi 120 x240 piksel. Menyediakan ciri seperti mengesan degup jantung, aktiviti riadah seperti senaman, berbasikal, berenang dan lain-lain,  Mi Band 4 yang ditawarkan dalam negara sedikit berbeza kerana tidak disertakan dengan ciri NFC dan arahan suara seperti yang ada di pasaran China.



Selain daripada itu, bateri 135mAh yang terpasang pada peranti menjanjikan kuasa sehingga 20 hari penggunaan bagi sekali pengecasan penuh dan ia turut mempunyai perlindungan air sehingga 50M.

Mi Band 4 bakal dijual pada dengan nilai jualan rasmi adalah RM149 dan anda boleh dapatkannya dari dari Shopee atau Lazada bermula hari ini.