Mi 9 Sudah Rasmi - Membawakan 3 Kamera Dan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar 20W

Setelah berkongsikan informasi mengenai spesifikasi dan ciri yang bakal dibawakan, Xiaomi kini telah merasmikan Mi 9 pada hari yang berlangsung di China.



Peranti ini bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan aras tinggi, Snapdragon 855 diiringi bersama pilihan memori RAM 6GB hingga 8GB.

Turut melengkapi Mi 9 adalah tetapan 3 kamera belakang, gabungan lensa 48MP (Sony IMX586), 16MP lensa ultra-wide, dan 12MP lensa 2x telefoto.



Terdapat juga mod rakaman foto dipanggil sebagai Moon Mode yang membolehkan rakaman seperti bulan diambil dengan lebih jelas.



Panel hadapan menggunakan skrin AMOLED 6.39 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 90.7% dan dilindungi dengan Gorilla Glass 6. Rekaan takuk "titisan air" juga kelihatan bagi menempatkan kamera swafoto 20MP(f/2.0).

Sementara itu, bahagian belakang dilindungi dengan lapisan Corning Gorilla Glass 5 dan tona warnanya akan berubah-ubah mengikut pancaran cahaya.

Ciri sokongan lain yang boleh didapati adalah sensor pengimbas cap jari pada skrin, NFC, dan ciri IR yang dikembalikan kerana mendapat permintaan ramai (Mi 8 tiada IR).



Xiaomi membekalkan bateri berkapasiti 3300mAh dan dikatakan dapat mengecas penuh dalam masa 1 jam. Bateri juga boleh dicas secara tanpa wayar dengan sokongan pengecasan 20W.

Selain itu, Xiaomi juga memperkenalkan pengecas tanpa wayar 99 yuan (~RM 60), powerbank tanpa wayar 149 yuan(~RM 90) dan pengecas dalam kereta 169 yuan (~RM 102).



Bagi pengalaman bermain permainan yang lebih baik serta lancar, Xiaomi menawarkan mod Game Turbo. Dihadirkan pada tiga warna Lavender Violet, Ocean Blue, dan Piano Black harga pasaran untuk China adalah seperti berikut:

  • RAM 6GB/128GB - 2,999 yuan (~RM 1815)

  • RAM 8GB/128GB - 3299 yuan (~RM 1997)

  • RAM 12GB/256GB (Transparent Edition) - 3999 yuan (~RM2421)