Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11 Ultra Akan Hadir Dengan Ketahanan IP68

Mi 11 Ultra Akan Hadir Dengan Ketahanan IP68

Diterbitkan Mac 29, 2021 · Dikemas kini Mac 29, 2021 oleh Amalina Athman

Menjelang acara pelancaran yang akan berlangsung pada malam ini, Xiaomi sekali lagi memberikan perincian mengenai Mi 11 Ultra. Menurut Xiaomi, Mi 11 Ultra bakal hadir dengan sokongan ketahanan kalis air dan debu IP68.

Ia sekali gus menjadikan peranti ini yang pertama daripada Xiaomi hadir dengan sokongan ketahanan IP68. Mi 11 Ultra didatangkan dengan sokongan kalis air sehingga 1.5 meter dengan ketahanan untuk tempoh 30 minit.

Mi 11 Ultra IP68

Sehingga kini, Xiaomi telah mengesahkan Mi 11 Ultra akan hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888, teknologi bateri baharu yang menggunakan silikon-oksida dan teknologi penyejukan yang baharu. Juga, Mi 11 Ultra disahkan akan menggunakan sensor 1/1.2-inci ISOCELL GN2.

Di sisi yang lain, Xiaomi turut mengumumkan Mi 11 Youth Edition akan menjadi peranti pertama hadir dengan janaan cip pemproses terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 780G yang menggunakan teknologi 5nm.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY