Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11 Ultra silicone oxygen

Mi 11 Ultra Akan Menggunakan Teknologi Bateri Silikon-Oksigen

Diterbitkan Mac 26, 2021 oleh Amalina Athman

Pada acara pelancaran yang akan diadakan 29 Mac 2021, Xiaomi dijangka akan mengumumkan sejumlah produk dan teknologi baharu termasuk Mi 11 Pro, Mi 11 Ultra, Mi Notebook Pro dan Mi MIX yang dilengkapi lensa cecair.

Terkini, Xiaomi mendedahkan Mi 11 Ultra akan menggunakan teknologi bateri anod silikon-oksigen. Menurut Xiaomi, bateri yang dimuatkan pada peranti ini mampu menyokong pengecasan lebih pantas.

Teknologi bateri Si-O2 ini membolehkan binaan Mi 11 Ultra dihasilkan dengan lebih nipis dan dicas dengan lebih pantas. Teknologi ini adalah sama seperti yang terdapat pada kenderaan elektrik, di mana ia menambahkan bahan silikon berskala nano melalui elektrod negatif untuk meningkatkan 10 kali kapasiti berbanding graphite. 

#Mi11Ultra features a new super fast-charging silicon-oxygen anode battery. Core benefits, thinner and faster charging.
This is similar to electric vehicles, adding nano-scale silicon materials to the negative electrode to increase theoretical gram capacity 10x vs graphite. pic.twitter.com/tydYYXjaX5

— Daniel Desjarlais (@Daniel_in_HD) March 26, 2021

Dalam erti kata lain, penggunaan bateri anod silikon-oksigen membolehkan Mi 11 Ultra hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar dengan pengisian lebih pantas.

Sumber: Weibo via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY