Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi gn2

Mi 11 Ultra Sah Akan Menggunakan Sensor Samsung ISOCELL GN2

Diterbitkan Mac 24, 2021 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Xiaomi telah menjadualkan acara pelancaran yang akan berlangsung pada 29 Mac 2021. Melalui acara itu nanti, sejumlah produk baharu akan diperkenalkan termasuk Mi 11 Ultra, Mi 11 Pro, Mi Notebook Pro dan sebagainya.

Terkini, Xiaomi mengesahkan Mi 11 Ultra yang akan dilancarkan kelak bakal menggunakan sensor Samsung ISOCELL GN2, yang baru sahaja diumumkan bulan lepas.

Mi 11 Ultra GN2

Sensor ini mempunyai saiz fizikal sebesar 1/1.12-inci dengan saiz piksel mencecah 1.4μm.

Melalui GN2, ia mampu menghasilkan rakaman video sehingga 1080p 480fps atau 4K 120fps. Sensor ini juga dilengkapi Dual Pixel Pro, yang menawarkan auto-fokus lebih pantas.

Buat masa ini, belum lagi diketahui jika versi Pro juga akan dilengkapi sensor GN2 atau sebaliknya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY