Mi 10T Lite Turut Diumumkan Dengan Cip Snapdragon 750G Dan Panel 120Hz

Selain Mi 10T dan Mi 10T Pro, Xiaomi turut mengumumkan Mi 10T Lite dalam barisan siri Mi 10T. Peranti ini hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding kedua-dua model tersebut.



Mi 10T Lite dilengkapi skrin paparan 6.67 inci IPS LCD dengan resolusi Full HD+ serta menyokong kadar segar semula 120Hz. Juga, terdapat perlindungan Gorilla Glass 5 pada panel hadapan dan belakang.

Peranti ini dijana cip pemprosesan Snapdragon 750G iaitu cip yang baru sahaja diumumkan oleh Qualcomm pada minggu lalu. Untuk storan, ia hadir dengan dua varian iaitu RAM 6GB/64GB dan 6GB/128GB.

Dari segi kamera, Mi 10T Lite tampil dengan tetapan kuad-kamera yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Kamera swafoto pula hadir dengan sensor 16MP.



Antara ciri lain termasuk rangkaian 5G, dwi pembesar suara, LPDDR4 dengan storan UFS 2.1, HDR10, kapasiti bateri 4,820mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W dan sebagainya. Ia ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Atlantic Blue, Pearl Grey dan Rose Gold Beach.



Bagi pasaran Eropah, harga yang ditawarkan adalah €279 (~RM1358) untuk 6GB/64GB. Untuk varian RAM 6GB/128GB, ia diletakkan pada harga €329 (~RM1602). Peranti ini dijangka akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada 6 Oktober depan.