Mi 10 Ultra Kini Boleh Dibeli Di Malaysia

Bersempena ulang tahun ke-10, Xiaomi telah mengadakan acara pelancaran yang membariskan beberapa produk terbaru mereka. Antara yang menarik perhatian pada acara itu adalah Mi 10 Ultra yang dimuatkan dengan paparan 120Hz, pengecasan 120W, dan Zum sehingga 120x.

Mi 10 Ultra Malaysia

Bagaimanapun, Xiaomi menyatakan tiada perancangan untuk memasarkan peranti itu untuk pasaran global. Sekiranya anda ingin membeli Mi 10 Ultra di Malaysia, ianya kini boleh didapatkan melalui pengedar Mobile 2 Go.

Mi 10 Ultra ditawarkan pada harga RM3798 bagi varian RAM 8GB+128GB storan. Sementara, RAM 12GB+256GB berharga RM4298.

Mi 10 Ultra Malaysia

Peranti ini didatangkan hanya dengan pilihan warna Black serta tiada varian RAM 16GB+512GB yang ditawarkan buat masa ini. Pembelian set import Mi 10 Ultra hadir dengan jaminan perlindungan 2 tahun dari Mobile 2 Go.



Mengimbas kembali spesifikasi, peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 865. Paparan peranti berukuran 6.67 inci FHD+ OLED dilengkapi kadar segar semula 120Hz. Seperti model Mi 10 yang lain, skrin melengkung dengan kamera punch-hole disertakan yang memuatkan sensor 20MP. Skrin ini juga turut menyokong HDR10+.

Mi 10 Ultra menggunakan konfigurasi 48MP utama dengan OIS, 20MP sudut lebar juga bertindak sebagai makro, 48MP periskop dengan 120X zum hibrid serta 12MP untuk potret.

Spesifikasi penuh Mi 10 Ultra boleh dilihat melalui pautan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran Mi 10 Ultra di Malaysia, layari halaman Facebook Mobile 2 Go.

Sumber: Mobile 2 Go