Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MFL Lancar Aplikasi Khusus Untuk Peminat Bola Sepak Tempatan

MFL Lancar Aplikasi Khusus Untuk Peminat Bola Sepak Tempatan

Diterbitkan Januari 20, 2019 · Dikemas kini Januari 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pelancaran Pra Musim 2019 Malaysia Football League telah berlangsung dengan jayanya tempoh hari.

Selain memperkenalkan logo baru dan barisan penaja bagi mengharungi musim 2019, acara itu juga telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk peminat bola sepak tempatan.

Aplikasi MFL itu akan menawarkan kemudahan seperti berita terkini, jadual perlawanan, keputusan, statistik perlawanan, pembelian tiket, serta turut menyediakan permainan “Football Manager Liga Malaysia”.

Aplikasi yang dibangunkan ini merupakan kerjasama antara MFL dan Fanskick.com akan mula ditawarkan pada platform Google PlayStore dan AppStore pada 23 Januari ini. Walaubagaimanapun, ia sudah kelihatan sedia dimuat turun untuk pengguna Android.

Setahun yang lalu, aplikasi Fanskick telah diperkenalkan dengan penawaran ciri-ciri serupa.

Kerjasama bersama iflix yang telah terjalin sejak Januari 2018 bakal diteruskan dengan penyediaan pengalaman tontonan berkualiti tinggi yang lebih interaktif.

Sumber: Malaysian Football League

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY