Fanskick - Aplikasi Khusus Untuk Peminat Bola Sepak Tanah Air

Bola sepak merupakan sukan utama untuk negara dan beberapa tahun kebelakangan ini, kita sudah melihat beberapa penambahan serta perubahan berlaku didalam arena ini.

Terbaru, sebuah aplikasi telah dibangunkan khas bagi peminat bola sepak tanah air dan ia dikenali sebagai Fanskick.

Aplikasi Fanskick telah dilancarkan dengan jayanya dalam sebuah majlis pelancaran yang berlangsung di selatan tanah air, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Kapsyen: Kredit gambar: Berita Harian Online


Turut hadir pada acara ini adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pengerusi Fanskick Dot Com, Datuk Shahul Hamid, dan beberapa individu penting lain.

Mendapat pengiktirafan daripada FAM dan juga  Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), Fanskick menyediakan beberapa fungsi menarik untuk peminat bola sepak tempatan.

Antaranya adalah pembelian tiket bola, maklumat terkini statistik dan perlawanan, ruang interaksi dikenali Buddy System (percuma selama satu tahun), permainan simulasi pengurusan bola sepak dikenali FK Manager dan penstriman secara langsung perlawanan.

Bagi anda yang berminat untuk boleh memuat turunya dari Google PlayStore dan juga App Store.

Sumber: Berita Harian Online