Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Shutterstock Giphy

Shutterstock Bakal Ambil Alih Giphy Dengan Nilai RM242 Juta

Diterbitkan Mei 23, 2023 ยท Dikemas kini Mei 23, 2023 oleh Amalina Athman

Shutterstock hari ini mengumumkan telah memeterai perjanjian dengan Meta untuk mengambil alih Giphy, iaitu enjin carian animasi GIF pada nilai $53 juta (~RM242 juta).

Berkaitan

  • United Kingdom Arah Meta (Facebook) Jual GIPHY
  • Ruangan Komen Di Instagram Kini Menyokong Animasi GIF

Pengumuman ini dibuat kira-kira tujuh bulan selepas pihak berkuasa antimonopoli UK mengeluarkan perintah terakhir untuk Meta menjual Giphy.

Pada asalnya, Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran (CMA) telah mengarahkan penjualan semula pada November 2021, namun ianya ditangguhkan bagi melalui proses rayuan. Oktober tahun lalu, Meta mengesahkan akan menggugurkan sebarang rayuan dan bersetuju untuk menjual Giphy.

Shutterstock berkata ia menjangkakan rundingan itu akan ditutup bulan depan, dengan Meta turut menandatangani perjanjian komersial untuk terus mengakses kandungan Giphy di seluruh rangkaian produknya.

Sebagai rekod, Meta dilaporkan mengambil alih Giphy dengan nilai $400 juta (~RM1.82 bilion) pada tiga tahun lepas.

Sumber: Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY