Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
United Kingdom Arah Meta (Facebook) Jual GIPHY

United Kingdom Arah Meta (Facebook) Jual GIPHY

Diterbitkan Disember 2, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Competition and Markets Authority (CMA) United Kingdom telah mengarahkan Meta untuk menjual semula GIPHY selepas syarikat tersebut baru saja membeli GIPHY Mei tahun lalu. Badan kerajaan tersebut mendapati pemilikan Meta ke atas GIPHY boleh membahayakan pengguna media sosial dan pihak pengiklan di United Kingdom.

CMA berkata hasil daripada urusan tersebut juga boleh menyebabkan Meta menafi atau membataskan platform lain untuk mengakses GIPHY dan pada masa sama mendorong lebih banyak trafik ke Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Meta bagaimanapun tidak tunduk pada arahan ini dengan mengatakan CMA tidak mempunyai bidang kuasa kerana GIPHY tidak mempunyai operasi di UK dan mereka tidak mempunyai rancangan untuk membangunkan produk paparan pengiklanan.

Dalam pada itu, CMA juga telah mendenda Meta sebanyak 70 juta USD kerana keengganan Meta untuk melaporkan maklumat diperlukan dan menukar ketua pegawai pematuhannya sebanyak dua kali tanpa kebenaran.

Pun begitu, Meta telah mengemukakan rayuan dan keputusannya mungkin akan diketahui beberapa bulan lagi.

Sumber: GOV.UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY