Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta SeamlessM4T

Meta Umum Model AI SeamlessM4T Untuk Terjemahan Pertuturan Sehingga 100 Bahasa

Diterbitkan Ogos 23, 2023 · Dikemas kini Ogos 23, 2023 oleh Amalina Athman

CEO Meta Mark Zuckerberg kini mengumumkan SeamlessM4T, iaitu model terjemahan multimodal berbilang bahasa yang membolehkan pengguna yang bertutur pelbagai bahasa, berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Cara Dapatkan Ciri 'Meta Verified' Untuk Akaun Facebook Dan Kenapa Anda Patut Langgan

Menurut syarikat itu, SeamlessM4T atau Massively Multilingual & Multimodal Machine Translation boleh menterjemah pertuturan ke teks dan teks ke teks untuk hampir 100 bahasa.

Bagi pertuturan ke pertuturan dan teks ke pertuturan, ia mampu mengecam sehingga 100 input bahasa dan menukarkannya kepada 35 bahasa lain.

Meta Umum Model AI SeamlessM4T Untuk Terjemahan Pertuturan Sehingga 100 Bahasa

Dengan teknologi yang dibangunkan oleh Meta ini, ia memudahkan pengguna untuk berinteraksi merentasi pelbagai bahasa.

Introducing SeamlessM4T, the first all-in-one, multilingual multimodal translation model.

This single model can perform tasks across speech-to-text, speech-to-speech, text-to-text translation & speech recognition for up to 100 languages depending on the task.

Details ⬇️

— AI at Meta (@AIatMeta) August 22, 2023

 

Menurut Meta, model multimodal AI ini tersedia kepada umum untuk kegunaan bukan komersial.

Melalui percubaan demo, boleh dikatakan SeamlessM4T mampu menterjemah dengan baik. Pengguna juga boleh mencuba demo SeamlessM4T melalui pautan INI.

Dalam pada itu, dari semasa ke semasa, Meta menyatakan model multimodal AI ini akan diintegrasikan dalam Facebook, Instagram, WhatsApp, Messenger dan Threads.

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY