Cara Dapatkan Ciri 'Meta Verified' Untuk Akaun Facebook Dan Kenapa Anda Patut Langgan

Mungkin ada yang belum sedia maklum, Meta sudah pun mula menawarkan ciri baru yang dikenali sebagai Meta Verified yang ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna Facebook dan Instagram.

Meta menyatakan, antara kelebihan  mendapatkan lencana Meta Verified untuk akaun Facebook dan Instagram anda adalah ia akan mengesahkan kepada pengguna Facebook yang lain bahawa anda adalah pemilik akaun yang sebenar.

Meta juga memberikan perlindungan tambahan terhadap akaun anda dengan pemantauan akaun penyamaran aktif.

Akaun Facebook dengan lencana Meta Verified juga akan boleh mengakses lebih banyak sokongan akaun untuk kebanyakan isu lazim yang dihadapi ke atas akaun Facebook mereka.

Pengguna juga akan menerima Pelekat eksklusif untuk Facebook Stories dan Reels mereka.

Jadi, anda boleh semak sekarang jika anda sudah menerima ciri Meta Verified. Berikut adalah caranya:-

1. Klik pada bahagian gambar profail akaun Facebook anda dan pilih Settings & privacy > Settings.



2. Kemudian, klik pada See more in Accounts Centre, klik pada Meta Verified dan klik butang Subscribe. Sekiranya pilihan 'Meta Verified' tiada, maknanya ciri ini belum tersedia untuk anda.



 

3. Di sini, anda akan dipaparkan untuk mengesahkan profail akaun Facebook dengan klik pada butang Sign up.



4. Seterusnya, anda akan dipaparkan pengesahan dan pembayaran untuk langganan Meta Verified. Ya ia adalah dalam bentuk langganan bulanan yang berharga RM36.99/bulan.

Apabila anda setuju untuk melanggan Meta Verified, klik pada butang Pay now.



Harga langganan tersebut adalah untuk platform akaun Facebook di aplikasi pelayar komputer.

Harga itu adalah berbeza jika langganan dibuat menerusi aplikasi Facebook di dalam telefon pintar anda.



Jadi, jika anda rasa akaun Facebook anda perlukan lebih perlindungan dan perlu lebih  dipercayai, anda bolehlah melanggan Meta Verified ini.

{suggest}

(Meta bukan sekadar platform media sosial di komputer dan telefon pintar, mereka turut mengeluarkan peranti realiti maya (VR) Meta Quest  yang boleh di beli di Shopee dan lazada yang mungkin anda perlukan untuk bermain permainan realiti maya.)

Berkaitan