Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Quest 3 Apple Vision Pro

Meta Quest 3 Lebih Baik Berbanding Apple Vision Pro – Mark Zuckerberg

Diterbitkan Februari 14, 2024 · Dikemas kini Februari 14, 2024 oleh Amalina Athman

CEO Meta Mark Zuckerberg hari ini membandingkan Apple Vision Pro dan Meta Quest 3, serta memberikan beberapa sebab mengapa beliau berpendapat produk Meta lebih baik setelah mencuba sendiri produk Apple itu.

Berkaitan

  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000

Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Zuckerberg berkata Quest 3 adalah lebih baik bagi sebahagian besar perkara yang digunakan oleh orang ramai untuk Mixed Reality. 

Zuckerberg menggariskan beberapa perkara berikut bagi menyatakan pendapatnya:

  • Quest 3 adalah 7x lebih murah berbanding Vision Pro.
  • Mempunyai kualiti tinggi dengan skrin besar seperti Vision Pro.
  • Quest lebih selesa – kurang 120gram berbanding Vision Pro.
  • Tiada wayar yang menghalang apabila bergerak.
  • Sudut pandangan lebih luas dan skrin lebih cerah.
  • Vision Pro mempunyai gerakan kabur apabila bergerak.
  • Pengawal ketepatan tersedia seperti penjejakan tangan, dan penjejakan tangan Quest 3 lebih tepat.
  • Boleh menonton YouTube atau bermain Xbox.

Zuckerbeg berkata beliau terkejut dengan “tradeoff” yang terpaksa Apple lakukan bagi menyediakan skrin resolusi lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh Quest 3 – sehingga mengorbankan keselesaan, ergonomik dan banyak lagi.

Tambahnya lagi, Apple tidak selalunya menjadi peneraju dalam kategori produk baharu.

Now look, I know that some fanboys get upset whenever somebody dares to question if Apple is going to be the leader in a new category, but the reality is that every generation of computing has an open and a closed model. And yeah, in mobile, Apple’s closed model won. It’s not always that way. If you go back to the PC era, Microsoft’s open model was the winner. In this next generation, Meta is going to be the open model, and I really want to make sure that the open model wins out again. The future is not yet written.

Mengimbas kembali, Quest 3 dilancarkan dengan 2 panel LCD 2K berbanding paparan mikroLED 4K untuk Apple Vision Pro. Ia didatangkan dengan berat 515 gram dan tidak mempunyai pek bateri berasingan, manakala Vision Pro seberat 600 hingga 650 gram.

Quest 3 dilengkapi cip Snapdragon XR2 Gen 2, 8GB RAM dan pengawal Touch Plus. Set kepala ini tersedia pada harga bermula $499.99 (~RM2,391) berbanding Vision Pro dengan harga bermula $3,499 (~RM16,739).

Sumber: Mark Zuckerberg, via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY