Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
off live fb

Mufti Jawab Hukum Jual Barang Di Media Sosial Dengan Cara Memalukan

Diterbitkan April 7, 2022 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Media sosial hari ini bukan lagi terhad untuk menghubungkan kenalan tetapi juga telah menjadi platform penting peniaga memasarkan produk mereka.

Baik ejen, stokis, pengedar mahupun jenama besar, pengiklanan melalui laman seperti Facebook, Instagram nyata memberi kesan besar pada jualan mereka.

Namun, disebabkan mahu mendapatkan jualan tinggi dan perhatian yang meluas, sesetengah peniaga sanggup menggunakan cara yang memalukan dan melampaui batas contohnya berpakaian mencolok mata semasa melangsungkan sesi live di Facebook dan TikTok.

Seorang pengguna bertanya pada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan segelintir peniaga yang sanggup berbogel dan berpakaian tidak sopan semasa mempromosikan barang mereka di media sosial.

Menurut Pejabat Mufti, perbuatan mempromosikan barangan dengan cara berbogel, berpakaian tidak sopan dan memalukan adalah perbuatan yang diharamkan.

Berkaitan

  • Pakai Wi-Fi Jiran Yang Tak Ada 'Password'? Ini Jawapan Mufti
  • Mufti WP Beri Jawapan Berkenaan 'Pre-Order' Tapi Harga Barang Tidak Spesifik
  • Mufti WP: Hukum Menjadikan Kriptowang Sebagai Mas Kahwin

Bukan itu sahaja, ia dianggap sebagai perbuatan berbangga dengan dosa selain mencemarkan kehormatan diri tambah pula sebagai orang Islam.

Terang mufti lagi, mempromosikan barang seharusnya menggunakan cara yang elok dan sopan serta tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Meskipun tujuannya murni iaitu untuk mencari rezeki dan meneruskan kelangsungan hidup, namun niat sebegini sama sekali tidak menghalalkan kaedah promosi yang diharamkan oleh agama.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY