Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta privasi

Meta Lancar Kempen #JomJagaPrivasi, Jelaskan Salah Tanggapan Umum Tentang Privasi Teknologi Meta

Diterbitkan Oktober 31, 2022 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha berterusan dalam mendidik dan menggalakkan rakyat Malaysia mempelajari tentang sumber dan peralatan privasi di platformnya, Meta melancarkan kempen #JomJagaPrivasi bagi memperkasakan rakyat Malaysia mengawal privasi  dan menjaga keselamatan akaun dalam talian mereka.

Kempen itu telah pun berlangsung dari 28 Oktober (Jumaat) hingga 30 Oktober 2022 (Ahad) di Kafe Privasi pop-up fizikal pertamanya yang terletak di The Farm Craft, Bangsar South.

Di sana pengunjung dapat mengetahui tentang cara-cara menguruskan tetapan privasi mereka sendiri melalui interaksi dan aktiviti yang menyeronokkan dan mendapatkan petua daripada para Pemimpin Pendapat Utama (KOL) seperti Ceddy Ang, Tan Yuki, Gajendrabalan Chandra, Adam Muzam, Ori Yuanwei, Amira Sachie dan Jessica Chaw.

Pelbagai aktiviti menarik yang lain turut dijalankan seperti kuiz privasi untuk mengukur pengetahuan masing-masing tentang kawalan dan tetapan privasi di Facebook, Instagram dan WhatsApp.

meta privasi 2

Selain itu pengunjung juga turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti interaktif dan imersif yang menggalakkan mereka belajar melalui pelbagai aktiviti yang disediakan untuk menambah pengetahuan tentang cara-cara kawalan tetapan privasi mereka di dalam talian.

Dalam kempen yang berlangsung selama 3 hari itu juga pihak Meta mengambil peluang menjelaskan salah tanggapan umum tentang privasi dalam talian dalam teknologi Meta.

“Awal tahun ini, kami telah mengemas kini Dasar Privasi dan juga Pusat Privasi kami untuk memudahkan pemahaman dan untuk orang ramai mengetahui cara membentuk pengalaman mereka dengan produk kami. Kami komited dengan visi Meta untuk platform yang memberi tumpuan kepada privasi. Inilah sebabnya kami terus membina alat-alat untuk memberi pengguna lebih ketelusan tentang cara data mereka digunakan. Kami mereka bentuk setiap produk dan ciri dengan mengambil kira privasi,” Noudhy Valdryno, Ketua Dasar Awam, Meta Malaysia.

Sumber: Media Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY