Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_ januari 2025

Meta Dijangka Terima Lesen Beroperasi Tidak Lama Lagi – Fahmi

Diterbitkan Januari 9, 2025 oleh Amalina Athman

Meta Platforms Inc (Meta) menjadi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial keempat yang dijangka menerima lesen untuk beroperasi di Malaysia tidak lama lagi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata setakat 5.00 petang (7 Januari 2025), WeChat, TikTok dan Telegram telah memperoleh Lesen kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)).

Sementara Meta yang merupakan pengendali Facebook, Instagram dan WhatsAppp, telah menghantar beberapa dokumen untuk membuat pengesahan perkara dibangkitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Saya jangka proses itu berjalan dengan tertib dan lancar. Jadi, setakat ini tiga telah menerima lesen iaitu WeChat, TikTok dan Telegram (manakala) Meta tidak lama lagi. Dua lagi, iaitu Google yang mengusahakan YouTube dan X masih dalam perbincangan dengan pihak MCMC.

Mengenai kenyataan daripada X yang mendakwa jumlah penggunanya di Malaysia tidak mencapai lapan juta, Fahmi berkata MCMC memerlukan sedikit masa untuk membuat pengesahan perkara berkenaan.

Beliau turut menjelaskan YouTube boleh dikategorikan sebagai aplikasi media sosial kerana wujudnya YouTube Shorts yang mirip TikTok dan mempunyai elemen perkongsian dan ruangan komen.

Berkenaan LinkedIn pula, Fahmi berkata pihaknya telah meminta MCMC meneliti sama ada platform itu mempunyai jumlah pengguna yang ramai di Malaysia, iaitu lebih lapan juta dan sekiranya perlu ia turut ditakrifkan sebagai media sosial.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Kerajaan Pantau Had Umur Pada Platform Media Sosial Mulai Januari Depan
  • MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial
  • Telegram Penyedia Ketiga Terima Lesen Media Sosial - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turki Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
©2026 WISER.MY