Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta_the Intercept

Meta Akan Padam Kandungan Serang ‘Zionis’

Diterbitkan Julai 10, 2024 · Dikemas kini Julai 11, 2024 oleh Amalina Athman

Meta hari ini mengumumkan akan memadam kandungan yang menggunakan istilah “Zionis” dengan unsur kebencian yang merujuk kepada orang Yahudi dan Israel.

Berkaitan

  • Meta Lancar 4 Ciri Baharu Untuk Pengguna Facebook Messenger
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Meta menjelaskan penggunaan istilah “Zionis” bagi merujuk kepada penyokong gerakan politik adalah dibenarkan, yang mana ia bukan ciri yang dilindungi di bawah dasar Meta.

Walau bagaimanapun, ia tidak membenarkan pengguna menyerang orang lain di platformnya berdasarkan ciri-ciri yang dilindungi – seperti kewarganegaraan, bangsa atau agama. Ia termasuk di bawah dasar Ucapan Kebencian.

Sebagai contoh, Meta akan mengalih keluar siaran yang mengatakan “Orang ‘agama X’ adalah bodoh”, tetapi membenarkan “Penyokong ‘gerakan politik X’ adalah bodoh”.

Dengan kemas kini dasarnya, Meta berkata akan mengalih keluar kandungan yang menyerang “Zionis” apabila menggunakan stereotaip antisemitik, atau mengancam jenis bahaya lain melalui ugutan, atau keganasan yang ditujukan kepada orang Yahudi atau Israel, termasuk:

  • Dakwaan mereka mengawal dunia atau media
  • Perbandingan yang tidak berperikemanusiaan, seperti perbandingan dengan babi, najis atau kutu
  • Sasarkan kemudaratan fizikal
  • Penafian kewujudan
  • Mengejek kerana mempunyai penyakit

Sumber: Meta

Gambar utama: The Intercept

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY