Sekali lagi jenama Samsung dikaitkan dengan kejadian letupan tetapi kali ini ia membabitkan mesin basuh. Sebelum ini kita sudah mengetahui Samsung mengalami kerugian besar apabila telefon pintar Galaxy Note 7 mereka meletup dan yang terkini ia melibatkan peralatan elektronik lain pula.
Bagai jatuh ditimpa tangga, Samsung kini berdepan saman dari beberapa pengguna yang mendakwa mesin basuh keluaran Syarikat gergasi Korea Selatan itu meletup ketika sedang digunakan. Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran tentang perkara itu. Mereka menyatakan mesin basuh yang dikeluarkan antara Mac 2011 hingga April 2016 mungkin mempunyai masalah yang sama. Walaubagaimanapun mereka tidak menyatakan sebarang model yang spesifik.
Menurut laman ABC News, kebanyakkan kes mesin basuh itu meletup adalah melibatkan model muatan atas. Untuk mengetahui jika mesin basuh anda terlibat dengan masalah ini boleh klik di sini. Untuk makluman mesin basuh muatan hadapan tidak mengalami sebarang masalah.
Sumber: ABC News
Berkaitan
- Bank Di India Sediakan Robot Untuk Melayan Pelanggan
- JDI Bangunkan Sensor Pengimbas Cap Jari Kapasitif Berasaskan Kaca Telus
- Radiasi Telefon Pintar, Bahaya Atau Tidak?
- Rusia Miliki Kapal Angkasa Terpantas Di Dunia
- 7 Tips Mengambil Gambar Kualiti Tinggi Dengan Menggunakan Telefon Pintar
- Acer Swift 7 Generasi Baru Diumumkan, Komputer Riba Paling Nipis Di Dunia
- Satu Lagi Telefon Gaming Nak Masuk Malaysia 13 Julai Ini
- Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q
- Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team
- Adobe Perkenalkan Aplikasi Photoshop Camera Dikuasakan Oleh AI