Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ft rtuhr

Radiasi Telefon Pintar, Bahaya Atau Tidak?

Diterbitkan Februari 14, 2018 · Dikemas kini Februari 12, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sering kali kita dinasihatkan supaya menjarakkan telefon pintar ketika tidur dan mengurangkan penggunaannya.

Hal ini kerana, dikhuatiri radiasi berlebihan yang terhasil akan mengganggu kesihatan badan dan berisiko untuk menghidapi kanser, lebih-lebih lagi ketika panggilan dibuat kerana peranti itu diletakkan berhampiran dengan telinga.

Namun sejauh manakah kebenaran tentang dakwaan tersebut?

Untuk menentukan sama ada perkara itu benar-benar berlaku ataupun tidak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan pembiayaan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan kajian mengukur tahap radiasi yang dihasilkan telefon pintar, sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online (20 Februari 2017).

Kajian dijalankan bertempat di Pusat Komunikasi Tanpa Wayar (WCC) UTM, menggunakan sebuah alat dan diukur dengan Specific Absorption Rate (SAR), kiraan kadar tenaga yang diserap oleh badan manusia apabila terdedah kepada gelombang radio.

SAR terdiri daripada dua komponen utama iaitu alat pengesan radiasi dan juga cecair khas, berfungsi sebagai badan manusia yang menerima sinar radiasi.

Memetik laporan Utusan Online, pengarah WCC , Prof. Dr. Tharek Abdul Rahman menjelaskan, gel0mbang radio itu tidaklah membahayakan seperti yang diperkatakan sebelum ini kerana kekuatannya tidak terlalu tinggi.

“Radiasi yang dihasilkan biasanya (seperti) dalam ketuhar gelombang mikro untuk menghasilkan haba memanaskan makanan” ujar beliau lagi kepada portal akhbar itu.

Selain itu, radiasi dari stesen pemancar juga dikelaskan sebagai tidak bahaya kerana kuasanya yang rendah.

  • Baca juga – Statista: Telefon Pintar Keluaran China Mengeluarkan Radiasi Paling Tinggi

Sumber: Utusan Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY