Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank Di India Sediakan Robot Untuk Melayan Pelanggan

Bank Di India Sediakan Robot Untuk Melayan Pelanggan

Diterbitkan Ogos 31, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Bank Di India Sediakan Robot Untuk Melayan Pelanggan

Sebuah bank di India kini giat mempersiap kemudahan baru yang akan melancarkan operasi mereka dengan menjadikan robot sebagai pelayan kepada pelanggan yang hadir. Robot yang belum diberikan nama itu merupakan sebuah robot yang mempunyai fungsi sesentuh.
Bank HDFC bank persendirian kedua terbesar di India bakal menyediakan robot yang akan ditugaskan membantu pelanggan dalam urusan seperti memasukkan dan mengeluarkan wang tunai ataupun membantu pelanggan mencari bahagian pengurusan yang dikehendaki.
Robot tanpa nama itu akan dilengkapi dengan paparan sesentuh yang akan digunakan pelanggan bank untuk memasukkan maklumat yang di perlukan. Ujian beta akan dijalankan Bank HDFC di salah satu cawangan bank berkenaan di Mumbai.
Penggunaan robot dalam operasi sesebuah bank bukanlah sesuatu yang baharu dimana Jepun telah memperkenalkannya tahun lepas. Bank of Tokyo-Mitsubishi menggunakan khidmat Nao, sebuah robot yang mampu melakukan tugas-tugas sofistikated. Nao mampu bertutur dalam 3 bahasa; Jepun, Inggeris dan juga China.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY