Vivo X20 Plus UD yang dilancarkan beberapa hari lalu merupakan telefon pintar pertama dilengkapi fungsi sedemikian. Teknologi skrin paparan yang dihasilkan oleh Synaptics itu menampilkan sensor pengimbas cap jari diletakkan diruang antara panel kaca dan panel OLED.

Terkini, satu lagi teknologi hampir serupa bakal dibangunkan sebuah syarikat dari Jepun, Japan Display Inc atau lebih dikenali sebagai JDI.
Sensor pengimbas cap jari yang dikeluarkan sebelum ini diperbuat daripada silikon dan tidak telus, tetapi JDI pula merancang untuk membangunkan sensor yang diperbuat daripada bahan telus (transparent).

Menerusi teknologi Pixel Eyes, sensor akan dibina terus kedalam lapisan gelas pada panel LCD. Buat masa sekarang, sensor JDI itu berukuran 8mm x 8mm (0.45 inci) dan syarikat merancang untuk membangunakannya dengan saiz yang berbeza-beza supaya ia boleh digunakan pada pelbagai jenis peranti.
Kelebihan teknologi JDI ini adalah ia boleh digunakan pada panel LCD manakala sensor dari Synaptics pula hanya berfungsi pada panel OLED sahaja.
Oleh hal yang demikian, berkemungkinan besar sensor JDI boleh digunakan pada peranti kelas pertengahan yang rata-ratanya dilengkapi dengan skrin LCD.
Sumber: JDI
Berkaitan
- Snapdragon 855 Plus Diperkenalkan, Fokus Kepada Permainan Dengan GPU 15% Lebih Pantas
- Adakah iPhone 12 Akan Hadir Dengan Rekaan Seperti Ini?
- Pixel 4 XL Mungkin Hadir Dengan Skrin Tanpa Takuk
- Xiaomi Mi A1 Dilancar Secara Rasmi, Dwi Kamera Dan Beroperasi Dengan Android Asli
- Meizu M5 Sudah Mula Dipasarkan Di Malaysia Dengan Harga RM599
- Layari Media Sosial Tanpa Had Dengan App-Onz Dari U Mobile
- Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up
- Go Pro Dijangka Keluar Dengan Model Baru Bagi Menggantikan Hero 5 Session
- Samsung Berjaya Cipta Skrin Paparan Tahan Lasak Yang Tidak Mudah Pecah
- Facebook Bakal Hadir Dengan Sokongan Video 4K