Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team

Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team

Diterbitkan Februari 8, 2021 oleh Helmi Samsuri

Selain memperkenalkan Mi 11 untuk pasaran global, Xiaomi sebentar tadi turut mengumumkan penawaran TV pintar dan skuter elektrik edisi khas.

Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team

Mi TV Q1 hadir dengan paparan sebesar 75 inci serta dibangunkan dengan teknologi dot kuantum. Rekaan bezel mengelilingi yang nipis menonjolkan lagi sisi elegan TV pintar ini serta turut mempunyai sudut pandangan sehingga 178 darjah.

Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team

Bagi kualiti paparan, paparan 4K QLED ini menampung julat warna NTSC 100% dengan variasi warna sehingga 1.07 bilion beserta sokongan Dolby Vision dan HDR10+.

Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team

Ia juga dilengkapi dengan 6 pembesar suara (2 tweeter, 4 woofer) yang turut menyokong Dolby Audio dan DTS-HD untuk pengalaman pendengaran yang lebih baik.

Didalamnya, sistem Android TV 10 akan menguasakan TV ini dan ia siap terpasang dengan Netflix, Amazon Prime, YouTube dan Google Play Store untuk akses kandungan video dan aplikasi.

Harga jualan di Eropah adalah 1299 euro yang bersamaan dengan ~RM6349 mengikut pertukaran matawang semasa.

Sebuah lagi peranti yang diperkenalkan pada penstriman langsung tadi adalah Mi Electric Scooter Pro 2 edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team. Kerjasama antara keduanya memberikan sedikit kelainan pada luaran skuter elektrik berkenaan.

Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team

Ia mampu menjangkau kelajuan maksimum 25km/jam dan bateri yang dimuatkan berupaya bertahan sehingga jarak 45km untuk satu pengecasan penuh.

Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team
Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team
Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team

Antara ciri yang tampil pada Mi Electric Scooter Pro 2 adalah sistem dwi brek dan paparan terbina untuk pemantauan yang lebih lancar.Bagi edisi istimewa ini, ia ditandakan pada harga 799 euro atau ~RM3906.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY