Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q

Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q

Diterbitkan Januari 21, 2019 oleh Helmi Samsuri

Ketika masih ramai lagi pengguna yang menanti-nanti kemaskini naik taraf kepada Android Pie, informasi awal mengenai Android Q  sudahpun berlegar-legar diinternet.

Mengutip laporan dari laman XDA Developer, pada fasa pembangunan android terbaru ini, terdapat beberapa ciri dan fungsi yang akan ditambah serta dipertingkatkan.

Mod gelap

Mod gelap ternyata digemari sebilangan besar pengguna kerana dapat menjimatkan bateri (skrin OLED) disamping paparan yang lebih lembut ditonton.

Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q
Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q

Selari dengan apa yang diwar-warkan sebelum ini, Android Q bakal menampilkan mod gelap untuk sistemnya. Pada bahagian tetapan paparan, terdapat pilihan untuk mengaktifkan tema gelap.

Apabila diaktifkan sesetengah bahagian dan aplikasi dibezakan dengan warna kelabu kehitaman dan warna hitam seperti diruangan notifikasi.

Ciri itu juga boleh diaktifkan pada aplikasi yang tidak mempunyai sokongan mod gelap secara terbina seperti Facebook.

Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q
Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q

Ciri kebenaran yang dipertingkatkan

Bahagian Permission dalam sistem Android diubah supaya pengguna lebih mudah untuk melihat kebenaran serta informasi yang berkaitan dengan aplikasi.

Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q
Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q
Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q

Mod Komputer

Menurut XDA Developer, pada bahagian Developer Option kelihatan “Force Desktop Mode”. Ciri itu masih belum dapat diuji tetapi ia berkemungkinan mirip seperti apa yang ditawarkan oleh Samsung Dex  atau EMUI Easy Projection.

Selain ciri-ciri diatas, Android Q juga terlihat menyediakan fungsi rakaman skrin secara terbina, aplikasi fail yang membenarkan anda menapis kandungan mengikut jenis seperti imej, dokumen audio dan lain-lain.

Pengumuman rasmi Android Q diramal berlaku sekitar Mac dan pelancarannya versi penuh mungkin dibuat sekitar pertengahan Ogos berdasarkan laporan dari Tech Radar.

Sumber: XDA Developer dan Tech Radar

Sumber foto utama: Mobile Syrup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
  • Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
  • Cara Lapor Kesalahan Merokok Melalui 'MyLapor'
  • Spotify Sahkan Tindakan Perketat Perkongsian Pelan Family, Tapi Anggapnya Sebagai ‘Penambahbaikan Rutin’
  • Finland Luluskan Lesen Tapak Pelupusan Sisa Nuklear Pertama Di Dunia, Radiasi Kekal Sehingga 100,000 Tahun
  • Waze Nafi Dakwaan Kumpul Maklumat Sensitif Kerajaan
©2026 WISER.MY