Tonton Kesemua Perlawanan Liga Malaysia 2023 Di sooka Serendah RM34.90/bulan Tanpa Kontrak

sooka kini menawarkan kepada para peminat bola sepak Liga Malaysia 2023 pada harga RM34.90 sahaja sebulan bagi menonton kesemua perlawanan tersebut melalui pelan VIP+ Sports.

Akses itu termasuklah kepada semua sukan termasuk Liga Malaysia dan kesemua rancangan hiburan sooka yang boleh di tonton melalui peranti mudah alih.

Penonton akan dapat menyaksikan kesemua 244 perlawanan Liga Malaysia 2023 melalui lima pertandingan yang akan berlangsung pada musim ini, iaitu Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, dan MFL Challenge Cup di sooka.

Selain itu, sooka turut memaklumkan pelan VIP TV mereka kini berharga RM62.90 sebulan boleh ditonton melalui Smart TV, akses tunggal kepada peranti mudah alih, dan penstriman semua sukan termasuk Liga Malaysia, Premier League, dan kesemua rancangan hiburan.

Juga Pas Perlawanan pada harga pengenalan RM4.90 untuk setiap perlawanan, dan istimewa yang terbaharu adalah penawaran Pas Liga Malaysia pada harga RM28.90 sebulan untuk akses spesifik kepada semua perlawanan Liga Malaysia tanpa henti sepanjang musim melalui peranti mudah alih.



sooka menyatakan, mereka mahu memastikan para peminat sukan di negara ini tidakĀ  terlepas mana-mana perlawanan sepanjang musim Liga Malaysia 2023 dengan memberikan para peminat kebebasan untuk memilih pengalaman menonton bola sepak melalui skrin pilihan mereka, dan membuat bayaran mengikut kemahuan mereka melalui pelan-pelan bebas kontrak dan bebas komitmen yang mereka tawarkan.

{suggest}

Sumber: Media sooka