Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_5

Menteri Persoal Bagaimana Mentega Terbang Lepas Ditayangkan Pada 2021

Diterbitkan Mac 6, 2023 oleh ariff bukhari

Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil mempersoalkan bagaimana filem Mentega Terbang lepas ditayangkan pada 2021 dahulu.

Beliau dilaporkan mempersoalkan bagaimana filem tersebut lepas ditayangkan ketika di bawah tampuk pemerintahan terdahulu.

Filem Mentega Terbang menerima kecaman dan laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak selepas filem itu didakwa menghina agama Islam.

Di media sosial tular video memaparkan lakonan yang menunjukkan bapa Aisyah membenarkan anaknya itu keluar daripada Islam dan memeluk agama lain.

Hasil penelitian yang dibuat oleh pihak JAKIM juga telah dilaporkan sebelum ini dengan mengesahkan bahawa terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie yang ditonjolkan dalam filem tersebut.

Platform penstriman video Viu juga dilaporkan telah menarik keluar tayangan filem tersebut dari platform mereka.

Pihak FINAS pula telah respon dan pihak mereka telah mengarahkan siasatan penuh dilaksanakan terhadap penerbitan filem kontroversi tersebut.

Berkaitan

  • Filem Mentega Terbang Bertentangan Dengan Akidah - JAKIM
  • CelcomDigi Catat Jumlah Pelanggan Terbesar Di Malaysia Tahun 2022
  • FINAS Siasat Mentega Terbang Tapi Tidak Menjurus Kepada Kandungan Filem

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY