Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mentega terbang

FINAS Siasat Mentega Terbang Tapi Tidak Menjurus Kepada Kandungan Filem

Diterbitkan Mac 6, 2023 · Dikemas kini Mac 6, 2023 oleh ariff bukhari

Menerusi kenyataan media rasmi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengarahkan siasatan penuh dilaksanakan terhadap penerbitan filem kontroversi iaitu filem Mentega Terbang.

Filem Mentega Terbang hangat diperkatakan ekoran daripada dakwaan dan laporan polis yang dibuat selepas kandungan filem itu dikatakan menghina agama Islam dan berbaur hasutan secara terbuka.

Walaubagaimanapun, FINAS menyatakan bahawa siasatan mereka tidak menjurus kepada kandungan filem itu kerana mana-mana filem yang tidak disiarkan di panggung wayang tidak tertakluk di bawah bidang kuasa FINAS.

Siasatan FINAS adalah lebih menjurus kepada peraturan pengeluaran dan pemameran filem.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengesahkan bahawa terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie yang ditonjolkan dalam filem tersebut.

Berkaitan

  • Filem Mentega Terbang Bertentangan Dengan Akidah - JAKIM
  • Cepat Sambar 2 'Game' Berharga RM53 Dari Steam Secara Percuma
  • Pelaksanaan 5G Patutnya Diuruskan TM, Bukan DNB - Datuk Seri Johari Ghani

Sumber: FINAS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY