Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mentega terbang

Filem Mentega Terbang Bertentangan Dengan Akidah – JAKIM

Diterbitkan Mac 2, 2023 oleh ariff bukhari

Ekoran daripada kegusaran masyarakat awam berhubung penayangan filem Mentega Terbang yang sedang hangat diperkatakan di media sosial, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarahkan dengan segera untuk meneliti secara keseluruhan kandungan filem tersebut.

Selepas penelitian dibuat, JAKIM mengesahkan bahawa terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie yang ditonjolkan dalam filem tersebut.

Sehubungan itu, JAKIM menasihatkan penggiat seni kreatif agar lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat.

JAKIM juga menasihatkan masyarakat awam agar lebih berhati-hati dalam memilih rancangan TV untuk tontonan seisi keluarga samada di platform dalam talian mahupun mana-mana saluran agar tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah.

Mentega Terbang mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Aisyah yang terngiang-ngiang di dalam mindanya tentang persoalan kebenaran kehidupan selepas mati, syurga, neraka, kebenaran.

Dia seorang pelajar sekolah menengah yang terpesona dengan kebenaran agama, terutamanya tentang apa yang akan berlaku pada selepas kematian. Dengan seorang ibu yang mempunyai barah, dan seorang ayah yang liberal dari segi akal dan gaya pemikiran.

Berkaitan

  • Menteri Perjelas Manfaat Harga Capaian Borong MSAP Yang Kini Lebih Murah
  • OPPO Find N2 Flip Berharga RM3999 - Dimensity 9000+, Bateri 4300mAh, Hasselblad
  • Yes 5G Diiktiraf Ookla Sebagai Penyedia Rangkaian Mudah Alih Terpantas Di Malaysia

Sumber: JAKIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY