Walaubagaimanapun, Maxis dengan kerjasama Huawei sudah mula membuat percubaan rangkaian generasi kelima itu di Cyberjaya, dimana kelajuannya dikatakan hampir mencecah 3Gbps.
Selain itu, sebuah lokasi lagi juga bakal mengadakan ujian ini iaitu Bandar Meru Raya. Ia merupakan inisiatif oleh kerajaan negeri Perak dan dilaporkan akan bermula pada Julai depan.
Mengutip laporan dari Bernama, laporan mengenai ujian dan percubaan 5G dijangka siap pada suku keempat tahun ini, seperti mana yang dikatakan oleh YB Gobind Singh Deo.
Difahamkan lagi, percubaan-percubaan itu diselaraskan oleh SKMM dari April hingga Oktober. Keputusannya akan dikongsikan dengan pelbagai pemegang taruh dalam Pasukan Petugas 5G.
Beliau turut menyatakan akses kepada jalur lebar internet berkelajuan tinggi haruslah diberikan keutamaan dan ia sama pentingnya seperti bekalan air dan elektrik.
Melalui Projek Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), perkhidmatan internet berkelajuan Gigabit akan disasarkan di kawasan-kawasan perindustrian terpilih yang berimpak tinggi menjelang 2020. Sementara itu perkhidmatan terbabit juga menyasarkan menjelan tahun 2023 ia diwujudkan disemua ibu negeri.
Sumber dan kredit foto: Bernama
Berkaitan
- Huawei Nova 4 Dijual RM200 Lebih Murah Dari Harga Asal
- Huawei Dikatakan Sudah Memfailkan Tanda Dagang "HongMeng OS" Di Malaysia
- Huawei Patenkan Rekaan Dwi Tona Warna Seakan Pixel
- Harga Jualan Huawei P10 Plus Dikemaskini
- Kamera Terangkat Pertama Dari Huawei Pada Model P Smart Z
- Potongan Harga Sehingga RM300 Untuk Huawei Nova Lite Sempena Merdeka Ini
- Huawei Mate 10 Dijual RM400 Lebih Murah Dari Harga Asal
- Video Perlihat Kotak Bungkusan Realme 4, Mungkinkah Dilancar Tahun Ini?
- Huawei Tidak Umum Markah DxOMark Siri Mate 20 Kerana Ia Terlalu Tinggi
- Huawei Dilapor Sudah Memulakan Penyelidikan Rangkaian 6G