Sepanjang acara MWC 2019 yang berlangsung ketika ini , kita sudah diperlihatkan dengan model-model peranti yang siap sedia menerima kedatangan teknologi sambungan berkelajuan tinggi itu.
Sebagai bukti komitmen terhadap masa depan 5G dalam negara, dua syarikat, Maxis dan Huawei telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), bagi melonjakkan lagi usaha menyediakan teknologi terbabit.
Memetik laporan dari Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, menyatakan mereka teruja untuk menyediakan inovasi terbaik 5G kepada pengguna serta perniagaan di masa depan.
Laporan yang sama juga ada menyebut bahawa Maxis sudah lama dalam fasa penyediaan 5G, melalui percubaan serta pelaburan bagi meningkatkan infrastruktur yang bersesuaian dengan teknologi tersebut.
Huawei turut komited dalam meluaskan lagi penawaran produk berasaskan 5G mereka dan kerjasama ini diramal dapat memangkin perkembangan sambungan 5G dalam negara.
Sumber dan kredit foto: Bernama
Berkaitan
- Kaca Mata Pintar Huawei EyeWear II X Gentle Monster Diperkenalkan
- Kamera Terangkat Pertama Dari Huawei Pada Model P Smart Z
- Huawei Perkenal Honor 9 Lite, Dwi Kamera Depan Dan Belakang
- Malaysia Akan Cuba Gunakan Teknologi Huawei Sebanyak Yang Mungkin - Tun Mahathir
- Lagi Gambar Rekaan Huawei P20 Pro, P20 Dan P20 Lite
- TM Dan Huawei Bekerjasama Sediakan Perkhidmatan Jalur Lebar Yang Lebih Baik
- Qualcomm Sahkan Bakal Membekal Cip Kepada Huawei
- Kamera Huawei Mate 10 Pro Lebih Padu Berbanding iPhone 8 Plus Dan Galaxy Note 8
- Android Oreo Beta Akan Dilepaskan Untuk Huawei Nova 2i Malaysia
- AS Dakwa Ada Bukti Huawei Intip Rangkaian Mudah Alih