Samsung Kongsi Video Baharu Untuk Perli Kamera Apple

"Pergaduhan" antara Samsung dengan Apple bukanlah sesuatu perkara baharu. Daripada video tentang pengecasan pantas, kelajuan muat turun, takuk telefon pintar dan banyak lagi.

Baca juga - Peranti Boleh Gulung Samsung Bakal Menjadi Realiti

Terbaru, sekali lagi Samsung berbuat demikian terhadap Apple. Kali ini, mereka memerli Apple dimana Samsung mengatakan kamera Galaxy S21 Ultra mempunyai foto sandwic lebih cantik berbanding iPhone 12 Pro Max.

https://www.youtube.com/watch?v=TZQSRQ53Sx8

Tidak cukup dengan itu, Samsung turut menggunakan cogan kata "Your phone upgrade shouldn't be downgrade". Jika dilihat, Galaxy S21 Ultra dilengkapi kamera utama 108MP sementara iPhone 12 Pro Max hanya 12MP.

Malah, dari video tersebut juga, ia memaparkan yang mana warna pada peranti Samsung adalah lebih menyerlah berbanding iPhone.

https://www.youtube.com/watch?v=j6fqaXPYg4g

Selain itu, Samsung juga menunjukkan bahawa peranti terbaharu mereka mampu mengambil gambar bulan lebih baik berbanding iPhone. Dalam erti kata lain, zum pada Galaxy S21 Ultra adalah cemerlang daripada iPhone 12 Pro Max.

Baca juga - Ini Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 14.6

https://www.youtube.com/watch?v=qET8Rn4WGpc

Walau bagaimanapun, sekiranya anda seorang peminat fotografi, adakah anda bersetuju dengan Samsung? Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi video perbandingan antara dua telefon andalan tersebut.

Sumber: Android Police