Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mengapa Penjualan iPhone 12 Di Perancis Masih Disertakan Fon Telinga?

Mengapa Penjualan iPhone 12 Di Perancis Masih Disertakan Fon Telinga?

Diterbitkan Oktober 14, 2020 · Dikemas kini Oktober 14, 2020 oleh Amalina Athman

Pada pelancaran iPhone 12, Apple mengumumkan tiada pengecas mahupun fon telinga yang akan disertakan dalam kotak pembelian iPhone 12.

Apple menyatakan, langkah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar. Apple turut menjangkakan lebih 2 juta tan karbon dapat disingkirkan setiap tahun. Ia bersamaan dengan membuang 450,000 kereta dari jalan raya setiap tahun.

Namun, lain pula yang berlaku untuk pasaran Perancis. Apple dilihat masih menawarkan fon telinga untuk negara itu. Berdasarkan laman rasmi Apple Perancis, penjualan siri iPhone 12 disertakan bersama kabel pengecas USB-C ke Lightning dan juga EarPods dengan sambungan Lightning.

earpod iPhone 12

Tidak hanya siri iPhone 12, model lain termasuk iPhone XR, iPhone 11 dan iPhone SE juga masih disertakan dengan aksesori yang sama dalam kotak pembelian. Ini bermakna, hanya pengecas yang tidak akan ditawarkan bagi setiap pembelian iPhone untuk pasaran Perancis.

Perkara ini seterusnya menimbulkan persoalan mengapa hanya pasaran Perancis yang masih menerima fon telinga dalam kotak.

Menurut beberapa komen dari laman Reddit, kemungkinan ianya adalah disebabkan peraturan di negara Perancis yang membuatkan Apple terpaksa akur untuk menawarkan fon telinga.

Melalui pautan sokongan yang disertakan oleh pengguna Reddit, ia menyatakan,

“The French law also requires that all cell phones be sold with a headset...”

Sebagai tambahan, pautan yang lain menyatakan,

“…making it (accessory) possible to limit the exposure of the head to radioelectric emissions during communications.”

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan penjelasan sebenar untuk penawaran ini.

Sumber: Reddit via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY