Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mengapa Galaxy S9 Tidak Mempunyai Takuk Seperti Yang Lain

Mengapa Galaxy S9 Tidak Mempunyai Takuk Seperti Yang Lain

Diterbitkan Mac 8, 2018 · Dikemas kini Mac 8, 2018 oleh Wiser MY

Ketika Samsung mengeluarkan peranti Galaxy S9 mereka di MWC, pemerhati industri bersama wakil media tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa dari pengeluar telefon Korea Selatan. Ini mungkin kerana khabar angin yang keluar sebelum pengenalan peranti utama Samsung untuk tahun 2018 ini tidak menunjukkan sebarang fungsi baru yang ketara kecuali beberapa peningkatan perkakasan mereka.

Mengapa Galaxy S9 Tidak Mempunyai Takuk Seperti Yang Lain

Trend Samsung memperkenalkan peranti Galaxy S adalah bertujuan bersaing dengan Apple yang mengeluarkan peranti iPhone mereka beberapa bulan sebelum itu. Dengan beberapa laporan menyebut pengeluar peranti dari China sedang berlumba-lumba memperkenalkan versi takuk mereka di peranti masing-masing, Samsung telah mengambil langkah yang berbeza.

 

Mengapa Galaxy S9 Tidak Mempunyai Takuk Seperti Yang Lain

Samsung dikatakan mahu menyertakan teknologi pengecaman wajah 3D untuk Galaxy S9 sebaliknya mereka telah meningkatkan keupayaan sensor iris mereka dan memperkenalkan Intelligent Scan untuk Galaxy S9 yang lebih pantas berbanding Galaxy S8.

Ketua divisi Mobil Samsung, DJ Koh berkata Samsung tidak lagi mahu menjadi yang ‘pertama’ dalam ruang peranti telefon pintar. Mereka mengambil keputusan untuk menghasilkan peranti yang lebih dihargai oleh pengguna serta mementingkan ‘nilai pengguna’.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY