Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menangi Hadiah Sehingga RM 3,000 Dari OnePlus Sempena Bulan Kemerdekaan

Menangi Hadiah Sehingga RM 3,000 Dari OnePlus Sempena Bulan Kemerdekaan

Diterbitkan Ogos 4, 2018 oleh Haikel Areff

Kita kini sedang berada di salah satu bulan terpenting dalam sejarah negara yang disayangi ini. Dalam bulan Ogos inilah negara kita telah berjaya mencapai kemerdekaan daripada penjajah 61 tahun yang lalu.

Maka sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan kali ini, OnePlus Malaysia menerusi pengedar rasminya, Mi Han Sdn Bhd menawarkan peluang untuk semua pemilik peranti OnePlus 6 untuk memenangi hadiah wang tunai lumayan.

Caranya mudah sahaja, untuk menyertainya, anda cuma perlu mengambil foto menarik menggunakan peranti OnePlus 6 A6003 yang diedarkan oleh Mi Han Sdn Bhd. Kemudian, ikuti langkah di bawah untuk berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM 3,000 :

1. Ikuti @mys.oneplus di Instagram dan like kiriman di bawah

Menangi Hadiah Sehingga RM 3,000 Dari OnePlus Sempena Bulan Kemerdekaan2. Tag 3 orang rakan pada kiriman berkenaan untuk menyebarkan maklumat tentang pertandingan ini

3. Kirimkan foto yang anda ambil di profil anda. Pastikan tera air ‘Shot on OnePlus’ telah diaktifkan sebelum mengambil gambar. Sertakan tanda pagar #MiHanMY #MYShotonOnePlus6 #SayangiMalaysiaku. Pastikan juga profil anda telah ditetapkan sebagai public.

4. Nyatakan maksud tersirat pada foto anda pada kapsyen kiriman.

Harus diingatkan bahawa hanya pemilik peranti OnePlus 6 edaran Mi Han Sdn Bhd sahaja yang layak untuk turut serta. Bagi menyemak status peranti anda, anda boleh lakukannya di sini.

Peserta juga dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu foto. Jadi, anda perlu gunakan peluang ini untuk menyerlahkan kreativiti anda.

Akhirnya Spesifikasi Peranti OnePlus 6 Didedahkan

Penyertaan akan ditutup tepat pukul 11:59 pm pada tarikh 31 Ogos nanti. Pemenang akan diumumkan dan dihubungi secara terus dalam masa dua minggu atau lebih oleh pihak OnePlus Malaysia.

Pemenang tempat pertama akan menerima RM 3,000, tempat kedua RM 2,000, ketiga RM 1,000 dan 10 orang pemenang saguhati akan menerima RM 200 setiap seorang.

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui syarat lengkap bagi menyertai pertandingan ini, anda boleh melawat ke pautan rasmi pertandingan di laman Instagram rasmi OnePlus Malaysia.

Selamat mencuba dan semoga berjaya kepada anda semua !

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY