Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Memori Dijangka Terus Kekurangan Bekalan Sehingga 10 Tahun – Pengerusi ADATA

Memori Dijangka Terus Kekurangan Bekalan Sehingga 10 Tahun – Pengerusi ADATA

Diterbitkan Julai 24, 2026 oleh Amsyar Latif

Pengerusi ADATA Technology, Simon Chen berpandangan industri memori global dijangka terus berdepan kekurangan bekalan untuk tempoh sehingga 10 tahun, didorong permintaan yang semakin meningkat hasil perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata, kebimbangan bahawa industri AI sedang memasuki fasa gelembung (AI bubble) masih terlalu awal untuk dibincangkan.

Menurutnya, jika isu itu mahu dinilai sekali pun, ia hanya lebih sesuai selepas 2030, apabila penggunaan AI menjadi lebih matang.

Chen menjelaskan permintaan terhadap kuasa pemprosesan AI, memori dan bekalan elektrik masih jauh lebih tinggi daripada jangkaan pasaran. Walaupun terdapat kebimbangan pelaburan AI berkembang lebih pantas daripada permintaan sebenar, beliau percaya penggunaan AI akan terus berkembang merentasi sektor perniagaan, kerajaan dan pengguna.

Beliau turut menolak tanggapan bahawa pengembangan kapasiti oleh pengeluar memori utama seperti Samsung Electronics, SK hynix dan Micron akan menyebabkan bekalan kembali mencukupi dalam masa terdekat.

Menurut Chen, pengeluar memori kini lebih berhati-hati dalam menambah kapasiti pengeluaran selepas melalui beberapa kitaran naik turun industri sebelum ini. Pada masa sama, pengeluar dari China masih berdepan kekangan mendapatkan peralatan pembuatan semikonduktor canggih, sekali gus mengehadkan pertumbuhan kapasiti baharu.

Beliau menjangkakan harga memori akan terus meningkat pada separuh kedua tahun ini selagi permintaan kekal tinggi dan pengeluar masih mempunyai inventori untuk dipasarkan.

Selain pusat data AI, Chen turut melihat permintaan memori akan terus berkembang menerusi pelbagai aplikasi edge computing seperti robot, kenderaan autonomi, kilang pintar, kediaman pintar serta satelit orbit rendah.

Beliau percaya permintaan tersebut tidak mampu dipenuhi sepenuhnya walaupun pengeluar utama terus memperluaskan kapasiti pengeluaran, sekali gus menjadikan kekurangan bekalan memori sebagai trend jangka panjang dan bukannya sekadar kitaran biasa industri.

Berkaitan

  • Industri Gajet Parah: Harga Memori Dijangka Melonjak Hingga 50% Menjelang Suku Ketiga 2026
  • CEO SK Hynix Jangka Kekurangan Bekalan Cip Memori Global Paling Teruk Pada 2027

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY